Tuesday 26 April 2011

Sunday 24 April 2011

Projek Elektronik SMK


1) Set Pengelip Berirama LBP 2V



3) Set Pengelip Berirama LPB 4V




3) Litar Pemasa Bermelodi IC555




4) Litar Peka Cahaya Buzzer




5)Litar Kombinasi Cahaya & Bunyi

 

Friday 22 April 2011

ABM



CARTA ALAT BANTU MENGAJAR














KERJA KAYU SEKOLAH MENENGAH

1) PROJEK KAYU TINGKATAN 1





2) PROJEK KAYU TINGKATAN 2




3) PROJEK KAYU TINGKATAN 3



Wednesday 20 April 2011

Misi dan Visi Syarikat


MISI SYARIKAT
Berkembang menjadi sebuah syarikat Bumiputra yang berjaya serta berdaya saing di-peringkat anrtarabangsa dalam industri pemprosesan produk kayu, pembuatan perabot dan perkhidmatan serta mengeluarkan Produk Kerja Kursus Kemahiran Hidup Sekolah Menengah dan Kebangsaan yang berkualti.

VISI SYARIKAT
1)     Memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan untuk mengekalkan status dan kedudukan yang stabil di dalam pasaran.
2)     Menyediakan perkhidmatan dan komunikasi antara pelanggan yang profesional dalam perniagaan
3)     Memasarkan barangan yang bermutu dan terjamin.
4)     Memenuhi permintaan dan menghasilkan sesuatu yang terbaik mengikut citarasa serta kehendak pelanggan
5)     Mencari satu produk baru yang memberi impak terbaik kepada pengguna.
6)     Memberi nasihat tentang penggunaan teknikal mesin dan alatan tangan,  penjagaan  dan perawatan dengan cara yang betul.
7)     Mengadakan bahan dan alatan tangan yang diperlukan oleh pihak sekolah terutama keperluan di dalam bengkel.

Tuesday 19 April 2011

Sejarah Penubuhan Dan Perkembangan



Syarikat mula beroperasi pada tahun 1990 yang dikenali sebagai ADA AGENCY dengan mengusahakan penghasilan bahan-bahan kerja kursus kemahiran hidup Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah. Pada 6 November 2007 syarikat telah menukar tarafnya kepada syarikat Sendirian Berhad dan dikenali sebagai ADA AGENCY SDN. BHD.(794823-M). ADA AGENCY SDN BHD telah menjadi syarikat Bumiputera yang dikenali di Kelantan. Transformasi ini membolehkan syarikat melebarkan sayapnya dalam bidang-bidang yang lain terutamanya projek-projek pembangunan dan pembekalan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.

ADA AGENCY SDN BHD  beroperasi dari pejabat berdaftar di No. 551 Jalan Raja
Perempuan Zainab 2, Kubang Kerian, 16150 Kota Bharu,  Kelantan, Malaysia.

Syarikat telah berdaftar dengan Pusat Khidmat Kontraktor Kelas D dan Taraf Bumiputera, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia Gred G3 bagi mengambil bahagian dalam tender kerajaan. Dengan ikatan dan sokongan dari syarikat-syarikat sekutu, hubungan baik institusi kewangan, syarikat mempunyai masa depan yang kukuh dan teguh dalam bidang yang diceburi. Dengan segala pengalaman dalam bidang pembuatan barangan berasaskan perkayuan, sokongan kewangan yang kukuh dan kakitangan teknikal yang berkelayakan dan berpengalaman, kami yakin dan percaya bahawa kami dapat bersaing dan memberi yang terbaik dalam menjalankan sebarang projek yang dianugerahkan.

Syarikat juga mengambil pendekatan yang progresif dalam meneroka bidang-bidang berkaitan seperti pembuatan perabut taman, perabut rumah dan perabut pejabat, perkhidmatan billboard (papantanda) termasuk membuat, menyediakan dan memasangsiap. Syarikat juga telah memohon dan telah mendapat kepercayaan daripada Kementerian Kewangan Malaysia dalam membekal kelengkapan pejabat, pakaian beruniform, peralatan dan kelengkapan mesin pejabat, hiasan jalan serta menyediakan perkhidmatan pencucian dan pembersihan bangunan.

Kami yakin dan percaya bahawa sesuatu projek hanya dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan dan mutu penyudahan yang baik bergantung kepada sumber kewangan yang kukuh dan seliaan dari kakitangan teknikal yang berpengalaman luas dengan sokongan tenaga kerja yang mahir dan bermutu.

Sehubungan dengan itu, kami dengan penuh keyakinan dan iltizam yang tinggi, menyeru dan berikrar untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik dan mantap bagi menjayakan segala apa jua projek yang diperolehi.




 

Cuaca Hari Ini

bloguez.com

Produk ADA AGENCY

Followers